Kajian Persepsi PPPM

Kami ingin mendapat maklumbalas daripada anda, sejauh mana kefahaman anda terhadap inisiatif PPPM

Buletin Bulanan Transformasi KPM

Isu #1 : 26 April 2013

SEAMEO-Japan ESD Award

Tarikh Akhir : 16 September 2013

Program Susu 1Malaysia

Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu Sekolah

Tema Hari Guru 2013

Guru Malaysia : 1Aspirasi 1Agenda

Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas 2013

Saringan Pertama Ujian Dalam Talian UKM 2013

19/05/2013

[Muat Turun] Tapak - Rumusan Data Instrumen Penilaian Pelaksanaan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah Sarawak

Semua Pejabat Pelajaran Daerah dimohon untuk memuat turun Tapak - Rumusan Data Instrumen Penilaian Pelaksanaan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah Sarawak di sini.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Harani bin Anu di talian 082-473713 / 741 . Sekian, terima kasih,

16/05/2013

Pembelian G2G (Goverment-To-Goverment) Bagi Modul Pembelian Terus Melalui Sistem ePerolehan

Surat Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset, KPM ruj. KP(BPPA)600-0/8/4(1) bertarikh 16 Mei 2013 adalah dirujuk.

Selaras dengan usaha untuk meningkatkan penggunaan sistem ePerolehan, fungsi pembelian Goverment-To-Goverment, G2G bagi modul pembelian terus telah dibangunkan untuk membolehkan agensi Kerajaan menggunakan Sistem eP untuk membuat perolehan daripada agensi Kerajaan yang lain. Oleh itu, semua pembelian G2G bagi Modul Pembelian Terus tidak perlu menggunakan eSPKB.

Barisan Kabinet Kerajaan Malaysia (2013 - 2018)

Perdana Menteri:
  • YAB Dato’ Sri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (UMNO)

Timbalan Perdana Menteri:

  • YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Yassin (UMNO)




14/05/2013

Jemputan ke Siri Mesyuarat Jabatan Pelajaran Sarawak Bil. 3/2013 dan Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2013

Adalah dimaklumkan bahawa Siri Mesyuarat Jabatan Pelajaran Sarawak Bil. 3/2013 akan diadakan pada 20 Mei 2013 (Isnin) bertempat di Hotel Meligai, Kapit berdasarkan ketetapan berikut ;

Masa : Sila rujuk Jadual Siri Mesyuarat
Jawatankuasa : Sila rujuk Lampiran A
Agenda : Sila rujuk Lampiran A
Kod Pakaian : Pakaian Kerja / Kemas
Pengerusi : Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Sarawak

13/05/2013

Modul Murid Sihat Murid Selamat Pra Sekolah

Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek kesihatan dan keselamatan amat wajar ditekankan kepada murid prasekolah memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan tentang kepentingan penjagaan keselamatan, kebersihan dan kesihatan seawal usia kanak-kanak.

Promosi Jurnal Penyelidikan

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia  akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 14 untuk tahun 2013. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini menjemput semua pegawai di bawah institusi pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia yang berminat untuk menyumbang artikel berbentuk penyelidikan atau penilaian pendidikan bagi tujuan penerbitan jurnal tersebut. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Mei 2013.

10/05/2013

100 Hari Pertama Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan

10 April adalah hari ke-100 perjalanan 13 tahun transformasi sistem pendidikan di Malaysia. Pada hari tersebut, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin merasmikan sambutan 100 hari pertama di SMK Jalan Empat, Bangi.